Getah Pokok Ini Kelihatan Seperti Darah Manusia.
Tahukah anda bahawa ada pokok yang dikenali sebagai pokok " berdarah " ? Misterinya , pokok ini mempunyai getah yang mempunyai warna merah gelap menyerupai darah segar masih menjadi misteri sehuingga kini .
Poko itu bernama Kiaat atau sejenis pohon jati asli Afrika Selatan . Pokok dengan nama latin Pterocarpus angolensis ini juga dikenali dengan sebutan Mukwa dan Muninga . Tinggi pohonnya 12-18 meter , berkulit kasar dengan warna coklat gelap dan mempunyai bunga kuning yang bermahkota seperti payung .
Jika pokok ini dibelah , maka dari potongan batangnya akan menitis cecair merah tua . Hal sama terjadi apabila ada cabang pokok yang rosak . Warna getahnya mirip dengan cecair darah pada tubuh haiwan yang terpotong .
Getah ini ternyata berkhasiat sebagai merawat luka . Selain itu , secara tradisional juga digunakan sebagai pewarna , dicampur dengan lemak haiwan untuk membuat kosmetik untuk wajah dan tubuh .
Kerana warnanya mirip darah , getah pokok ini juga dipercayai mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan darah . Selain itu , juga kerap digunakan untuk merawat beberapa masalah perubatan , seperti kurap , sakit , masalah mata , malaria , demam blackwater , masalah perut , juga meningkatkan pengeluaran susu ibu .
Selain getahnya yang unik , kayu pokok Kiaat juga boleh digunakan sebagai bahan perabot berkualiti tinggi . Kerana batang pokoknya mudah diukir , digam dan diskru serta mudah dicat . Ditambah daya tahannya yang tinggi , membuat kayu pokok ini sangat sesuai sebagai bahan pembuatan kapal , kayak dan lantai bilik mandi .
Malangnya , kerana manfaatnya yang berbeza-beza , pokok ini mengalami eksploitasi besar - besaran , khususnya dari penduduk Afrika Tengah dan Selatan . Hal ini mengakibatkan jumlahnya mengalami penurunan drastik dalam beberapa dekad terakhir .
0 Komentar untuk "Getah Pokok Ini Kelihatan Seperti Darah Manusia."