Cahaya Misteri Dirakam di Ruang Udara Florida, Adakah UFO?



Sebuah cahaya yang mempunyai bentuk luar biasa melintas perlahan di langit Florida. Kemunculan cahaya misteri itu rupanya menimbulkan spekulasi jika perkara tersebut merupakan penampakan UFO.

Dalam beberapa gambar yang beredar di dunia maya, terlihat sebuah cahaya dengan berbentuk bujur melintas di langit. Cahaya berwarna putih itu juga kelihatan mempunyai ekor.


Dikutip dari Dailymail, penampakan cahaya misteri itu diambil di Lapangan Terbang Miami oleh petugas lapangan. "Lihat itu, ia akan melanggar kapal terbang," ujar seorang pekerja lapangan terbang.





Tersebarnya gambar-gambar tersebut rupanya menimbulkan pelbagai spesikulasi. Ada yang menyebut fenomena itu sebagai serangan dari langit, namun ada pula yang menyebutnya adalah sebagai perkara yang normal.

"Cahaya itu berasal dari enjin roket bertenaga hidrogen," kata salah seorang netter. "Wap air mengembun di ketinggian yang membentuk awan kristal ais dan memantulkan cahaya matahari."


Tidak diketahui bila rakaman tersebut diambil, namun beberapa pihak menyebut jika itu adalah roket Atlas V yang dilancarkan oleh NASA. Roket yang dilancarkan pada 24 Jun lalu itu mengandungi banyak satelit milik angkatan laut.
0 Komentar untuk "Cahaya Misteri Dirakam di Ruang Udara Florida, Adakah UFO?"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info