Misteri Rosalia Lombardo, Mumia Kanak-kanak Yang Tidak Pernah Mereput.


Pada umumnya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain terjadi dengan mumia yang pelik ini. Ia dikenali dengan Rosalia Lombardo.

Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto kanak-kanak kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920?

Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Ia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan anaknya.

Ia ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tidak merasa jauh dari anaknya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tidak pernah membusuk.

Menurut kajian, awetnya tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan kerana penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.

Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Ada sebuah isu misteri bahawa beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.

Lokasi ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak membusuk
ini.





0 Komentar untuk "Misteri Rosalia Lombardo, Mumia Kanak-kanak Yang Tidak Pernah Mereput."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info