Unik dan Pelik, Jenis Monyet Ini Berwarna Oren Semasa Dilahirkan.VIDEO


Pemanasan global dan banyaknya pemburuan membuat beberapa jenis haiwan berada diambang kepupusan. Demi mencegah perkara tersebut banyak cara dilakukan untuk memelihara haiwan-haiwan itu.

Salah satunya seperti yang dilakukan sebuah zoo di Sydney, Australia ini. Zoo bernama Taronga Zoo ini berusaha mengembangbiakkan jenis monyet yang jarang ditemui, Francois Langur.


  
Monyet yang biasa disebut dengan lutung hitam ini mempunyai keunikan tersendiri. Bayi yang baru lahir akan mempunyai warna oren terang lalu perlahan berubah gelap seiring bertambahnya usia.

Baru-baru ini, Taronga Zoo merayakan kelahiran seekor anak monyet ini. Ia diberi nama Nangua yang dalam bahasa Mandarin bererti labu.

Dalam masa singkat, Nangua langsung menjadi primadona di zoo tersebut. Banyak yang terpesona melihat kecomelan dan tingkah lucu anak monyet itu.

Apalagi Nangua terbiasa bergantungan di tubuh ibunya kerana kakinya yang belum terlalu kuat. Bayi ini merupakan kelahiran keempat yang terjadi di zoo tersebut. Berikut video yang memaparkan kecomelan Nangua.



0 Komentar untuk "Unik dan Pelik, Jenis Monyet Ini Berwarna Oren Semasa Dilahirkan.VIDEO"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info