Inilah 10 Sungai Paling Tercemar dan Terkotor di Dunia..

Sungai sebenarnya adalah sumber air bagi manusia dan boleh juga sebagai sumber mata pencarian bagi nelayan. Akan tetapi banyak sekali sungai-sungai di dunia ini yang sudah tercemar oleh perbuatan manusia. Berikut adalah 10 sungai-sungai tercemar di dunia.

 1. Sungai Citarum, Indonesia

Sungai Citarum terletak di Jawa Barat, Indonesia. Sungai ini sudah kelihatan seperti kolam sampah padahal sebenarnya sungai ini menjadi sumber air untuk pertanian dan sumber air bagi penduduk di sekitarnya. Tetapi sungai ini sangat tercemar oleh manusia dan penuh dengan sampah. Di Disember 2008, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman sebanyak $ 50000000 (sekitar Rp 500 bilion) hanya untuk membersihkan sungai tersebut.

2. Sungai Yamuna, India

 
Yamuna adalah sungai yang sangat tercemar dimana 58% sampah dari New Delhi, ibu kota India, dibuang di sungai ini. Sudah sebanyak Rs 17.000.000.000 wang yang dikeluarkan untuk membersihkan sungai ini, tetapi masih belum boleh bersih. Kerajaan India sekarang sudah angkat tangan dalam usahanya membersihkan sungai ini.

 3. Buriganga river, Bangladesh
 
Buriganga adalah sungai utama di samping kota Dhaka, Bangladesh. Banyak makhluk mati dibawah sungai ini. 

4. Sungai Yellow di Lanzhou, China

 

Sungai Yellow River ini merupakan sungai kedua terbesar dan sumber air untuk berjuta-juta penduduk di sebelah Utara China. Akan tetapi sungai yang menjadi sumber air ini tercemar sekarang kerana pencemaran dari sisa industri.sumber

 
5. Sungai Marilao, Filipina

Plastik, selipar getah, ranting pohon pisang, adalah beberapa sampah yang  kamu lihat mengapung di sungai Marilao ini. Air di sungai ini mengandung racun kimia seperti koper, kromium, arsenik, yang membuat air ini sangat berbahaya. Walaupun kerajaan telah memasang peraturan denda bagi yang membuang sampah di sungai ini, tetapi masyarakat dan kilang setempat masih saja membuang sampah dan air  kumbahnya ke sungai ini. 


6. Sungai Ganges, India

Sungai Ganga ini adalah sungai suci bagi umat Hindu yang berasal dari  gangotri. Kira-kira dua juta penduduk melakukan mandi ritual di sungai ini padahal air di sungai ini sudah tidak selamat lagi kerana tercemar oleh pembuangan kimia dan juga terdapat mayat-mayat yang mengapung di sungai ini 


7. Sungai Songhua, china

 
Sungai Songhua ini terdapat di China. Pada tahun 2005, sungai ini tercemar dengan bahan kimia petrol sehingga sungai ini di tutup sebagai sumber air untuk Harbin.8

. Sungai Mississippi, USA
 
Sungai Mississippi ini adalah sumber kekayaan alam di Amerika. Sungai ini mengambil kira-kira 40% dari kekayaan alam Amerika dan membawa 1.5 juta metric tan dari pencemaran nitrogen ke Lautan Gulf Mexico setiap tahun. 

9. Sungai Sarno, Itali
 
Sarno adalah sungai yang melewati Pompeii sampai ke kota Naple. Termasuk sungai yang tercemar di benua Eropah yang kebanyakan adalah sisa dari pertanian dan industri tempatan. 

10. Sungai King, Australia

 
Sungai King ini tercemar kerana perlombongan di sekitarnya. Sekitar 1.5 juta tan sulfidic menuju ke sungai tersebut setiap tahun nya semenjak tahun 1995 dan sampai sekarang sudah sekitar 100 juta tan. Dari luar secara kasat mata, sungai ini tidak lah begitu kotor, akan tetapi sungai ini sebenarnya telah tercemar dengan sisa.sumber

0 Komentar untuk "Inilah 10 Sungai Paling Tercemar dan Terkotor di Dunia.."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info