Video: Seorang Penyanyi Opera Bernyanyi Semasa Otaknya Dibedah.

 Seorang penyanyi Opera di sini bukan sahaja menjalani pembedahan otak tanpa menggunakan ubat bius tetapi dia juga menyanyikan sebuah lagu di sepanjang pembedahan tersebut berlangsung.

Penyanyi dari Slovenia tersebut, Ambroz Bajec-Lapajne sebelum ini disahkan menghidap glioblastoma multiforme (GMB) iaitu tumor otak yang bahaya.

Bagi mengelakkan pembedahan tersebut memberi risiko negatif kepada karier Lapajne, pakar bedah di Pusat Perubatan Universiti Utrecht di sini menyarankan agar dia menyanyi ketika pembedahan tersebut dijalankan.






Sepanjang pembedahan itu, Lapajne didapati berupaya mengekalkan tempo nyanyiannya sebelum suaranya mula perlahan dan hilang fokus kira-kira dua minit sebelum pembedahan berakhir.

Dia memilih untuk menyanyikan lagu Gute Nacht gubahan komposer Franz Peter Schubert pada abad ke-19. Selepas setahun pembedahan itu barulah Lapajne memuat naik rakaman pembedahan tersebut ke laman perkongsian video, YouTube.

“Telah lebih setahun sejak saya melakukan pembedahan ini. Saya kini telah sembuh dan sedang meneruskan karier nyanyian profesional saya,” ujar Lapajne pada keterangan video tersebut. – Agensi.


0 Komentar untuk "Video: Seorang Penyanyi Opera Bernyanyi Semasa Otaknya Dibedah."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info