Bercuti Sebagai Manusia, Lelaki Ini Pilih Hidup Sebagai Kambing.

  
Menjadi makhluk paling sempurna kerana memiliki akal membuat manusia kadang merasa letih. Jika korang boleh mengambil cuti sebagai makhluk lain, makhluk apa yang akan korang pilih?

Thomas Thwaites memilih untuk hidup sebagai kambing. Ia berada di Alps Switzerland selama tiga hari untuk "bercuti sebagai manusia". Thomas bahkan telah menyiapkan percutian beliau sebagai kambing itu dengan baik.




Pertama sekali, ia mempunyai alat khusus yang membuatnya dapat berjalan di empat kaki seperti rakan-rakannya di alam liar. Tidak cuma itu, dia juga punya perut buatan yang membolehkan dia makan rumput seperti kambing lain.

"Tujuanku adalah mengambil cuti dari rasa sakit dan bimbang kerana kesedaran manusia yang boleh merasakan penyesalan dari masa lalu dan bimbang tentang masa depan," katanya. Thomas sendiri merupakan seorang pereka konsep yang tertarik dengan bagaimana teknologi dapat memenuhi keinginan manusia.


  
Namun rupanya, menjadi seorang kambing bukan bererti tidak mempunyai kebimbangan. Thomas sering harus mengejar kawanannya di atas gunung berbatu dan bimbang akan tergelincir. "Aku boleh mengikuti mereka mungkin hanya sejauh satu kilometer di penghijrahan turun gunung berbatu lalu mereka akan meninggalkanku menjadi debu," ceritanya. "Jadi aku menghabiskan hariku cuba untuk mencari mereka dan akhirnya kami bertemu kembali, dan itu cukup menyenangkan."

Pengalamannya selama tiga hari ini telah ia tulis dalam sebuah buku berjudul "GoatMan; How I Took a Holiday from Being Human". Berminat untuk melakukan perkara yang sama?.



0 Komentar untuk "Bercuti Sebagai Manusia, Lelaki Ini Pilih Hidup Sebagai Kambing."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info