Unik, Rumah Ini Menjadi Inpirasi Sebuah Filem Popular Iaitu Film Up.
Diantara Jalan Norwest No. 46 dan Jalan Avenue No.15 di daerah Ballad, Seattle, terdapat rumah yang cukup usang. Rumah usang itu adalah rumah milik Edith Macefield. Dia adalah seorang wanita tua yang keras kepala. Bagaimana tidak? Pengelola kawasan komersil tersebut sudah rela membeli rumahnya dengan harga 1 juta dollar. Tetapi, ia menolaknya dengan alasan rumah tersebut mempunyai banyak kenangan. Memang benar, rumah tersebut sudah dibelinya sejak tahun 1950an, jadi pantas saja rumah tersebut mempunyai banyak kenangan yang tidak boleh dibeli dengan wang.
Kini, rumah bapanya berada diantara bangunan megah seperti Trade Joe dan tempat fitness LA. Jika dilihat sepintas lalu, rumahnya seperti tersepit oleh bangunan-bangunan mewah yang berada di sekitarnya. Namun, itu tidak menyurutkan niatnya untuk tidak menjual rumahnya. Kegigihan Edith Macefield dalam mempertahankan rumahnya . Bukan hanya itu saja, ironi rumah Edith Macefield pun inspirasi kepada sebuah Pixar Movie Up.
Pada tahun 2008, Edith Macefield akhirnyameninggal dunia kerana kanser pankreas yang dideritanya. Sampai hujung usianya pun, ia tetap kukuh mempertahankan rumah yang memberinya banyak kenangan. Selepas Edith Macefield meninggal, rumah tersebut akhirnya dijual pada Greg Pienno. Rumah tersebut dijual dengan harga 310,000 USD. Pada tahun 2012, rumah usang tersebut diubahsuai. Tingkap-tingkap rumahnya pun diganti. Tidak hanya itu saja, rumah pembaikan rumah juga dilakukan pada bilik tidur dan bilik mandinya. Pemiliknya bercadang menjadikan rumah tersebut sebagai rumah singgah, sehingga rumah tersebut boleh tetap berdiri sampai bila-bila masa.
0 Komentar untuk "Unik, Rumah Ini Menjadi Inpirasi Sebuah Filem Popular Iaitu Film Up."