Hotel Terbesar di Dunia Sedang Dibina di Mekah.




Bakal hotel terbesar di dunia ini mempunyai 12 menara, 10,000 bilik, 70 restoran, dan sejumlah helipad. Hotel Abraj Kudai di Mekah, Arab Saudi ini menjadi hotel terbesar di dunia dan akan dirasmikan pada tahun 2017.

Hotel ini direka oleh syarikat seni bina Dar Al-Handasah, kompleks mewah bernilai 3.5 bilion ringgit  itu tengah dibina di atas tanah seluas 1.4 juta meter persegi.

Rancang akan ada 12 menara yang didirikan dalam bentuk lingkaran, yang menjadi penopang utama kompleks dan dibina kira-kira 2 kilometer dari Masjid al Haram. Menara-menara itu akan mempunyai 10,000 bilik hotel.

Hingga saat ini, hotel terbesar di dunia masih dipegang oleh hotel-hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat. Berikut adalah senarai lima hotel terbesar di dunia:

1. MGM Grand Hotel, Las Vegas: 6,198 bilik
2. First World Hotel, Malaysia: 6,118 bilik
3. Luxor Hotel, Las Vegas: 4,400 bilik
4. Mandalay Bay Resort, Las Vegas: 4,332 bilik
5. The Venetian, Las Vegas: 4,049 bilik.
0 Komentar untuk "Hotel Terbesar di Dunia Sedang Dibina di Mekah."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info