Pelik! Anjing Ini Berjalan Seperti Kanggaru


 Seekor anjing berusia lima bulan yang kudung kedua-dua belah kaki hadapannya terpaksa melompat seperti seekor kanggaru untuk membantunya bergerak.

Anjing yang dikenali sebagai Roo itu, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki hadapan menyebabkan ia terpaksa menggunakan kaki belakangnya untuk melompat seperti kanggaru.

Haiwan tersebut diselamatkan oleh sebuah badan kebajikan haiwan di sini sebelum diserahkan kepada seorang jururawat, Nikki Dick untuk dipelihara.

Dick, 50, berkata, Roo merupakan seekor anjing yang istimewa kerana ia berjalan tidak ubah seperti kanggaru.

Katanya, walaupun hanya menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan tetapi ia mampu bergerak dengan pantas tanpa sebarang masalah.
“Sekali imbas pasti ramai menyangka Roo adalah seekor kanggaru kerana cara ia berjalan dan melompat hampir menyerupai haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi







0 Komentar untuk "Pelik! Anjing Ini Berjalan Seperti Kanggaru"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info