Aneh! Wanita Ini Mengalami Penyakit Misteri Tidur Selama 21 jam Sehari.


Helen Waterson, 36 tahun, digelar sebagai Sleeping Beauty seperti yang ada di dalam kisah dongeng. Namun tidak ada putera raja yang membangunkannya dengan ciuman, kerana Helen menjadi puteri tidur kerana keadaan yang jarang berlaku yang dideritanya. Helen tidur selama 21 jam setiap harinya dan terjaga selama 3 jam dengan bantuan makanan tambahan.

Seperti disiarkan oleh  Mirror, 22 November 2014, Helen mengalami Kleine-Levin Syndrome, atau biasa dikenal dengan Sleeping Beauty Syndrome. Hingga sekarang dianggarkan terdapat 1,000 pesakit di seluruh dunia, dan belum diketahui bagaimana untuk menyembuhkan penyakit yang jarang berlaku tersebut
.


Helen yang telah menderita sindrom ini sejak kecil mengaku kehilangan banyak detik-detik penting dalam hidupnya, keluarga, kerjaya, percintaan. Hari-harinya hanya diisi dengan tidur. Ia tidak mampu melakukan apa-apa kecuali merasakan letih dan rasa sakit jika ia terus terjaga.

"Saya menjalani hidup dengan tertidur atau merasa seperti saya tidur sambil berjalan. Saya telah kehilangan semua detik-detik penting dalam hidup saya. Saya tidak mempunyai kehidupan sosial. Saya tidak mempunyai kehidupan cinta. Dengan penyakit ini saya tidak hidup, saya hanya sekadar ada "kata Helen.



Setiap harinya Helen menghabiskan waktunya di rumah bersama dua ekor anjing peliharaannya. Ia tidak mampu melakukan aktiviti lain selain menonton televisyen selama beberapa jam kemudian kembali terlelap. Ia akan bangun dengan otot-otot tubuh yang sakit kerana kaku dan berusaha bertahan untuk tetap terjaga seringkali dengan bantuan makanan tambahan bertenaga yang mempunyai kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh.

Keadaan ini juga diyakini telah mempengaruhi memori jangka panjang Helen. Ia tidak mampu mengingat masa-masa bahagia bersama keluarganya, ataupun masa-masa remajanya di sekolah. Kini ia bahkan tidak mampu untuk membina kenangan baru untuk ia ingat di masa depannya nanti.

"Saya ingin berkahwin suatu hari nanti, tetapi bagaimana saya berkahwin jika saya tidak sanggup menjalin sebuah hubungan dengan seorang lelaki. Tidak seperti Sleeping Beauty di dalam dongeng, saya tidak akan hidup bahagia selamanya "kata Helen penuh kesedihan.
0 Komentar untuk "Aneh! Wanita Ini Mengalami Penyakit Misteri Tidur Selama 21 jam Sehari."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info