Orang tua adalah orang yang seharusnya di hormati tetapi di India ada sebuah ritual aneh iaitu Thalaikoothal iaitu ritual untuk membunuh orang tua.
Yang paling menghairankan, pembunuhan ibu bapa ini dilakukan oleh keluarganya sendiri (anak-anak dan kerabatnya). Amalan ini dilakukan dengan beberapa alasan, kebanyakan adalah kerana anak anak menganggap ibu bapa mereka yang sudah uzur sebagai beban !!! Dan mereka menganggap hal ini bukan suatu kejahatan!
Dalam proses 'pembunuhan' ini, biasanya orang tua akan diberi sejenis minyak mandi yang banyak di pagi hari, kemudian diberi minum air tertentu (dari air kelapa) yang akan mengakibatkannya kegagalan fungsi buah pinggang, demam panas, hingga akhirnya ibu bapa tersebut meninggal dunia dalam satu atau dua hari kemudian.
Teknik lain adalah dengan melibatkan urut khas pada bahagian kepala dengan air dingin yang dapat menurunkan suhu tubuh hingga kemudian terjadi kegagalan fungsi jantung. Kaedah alternatif lain adalah dengan memasukkan susu lembu yang cukup banyak ke lubang hidung hingga menyebabkan kesukaran bernafas (biasa juga disebut 'milk therapy' atau terapi susu). Atau cara yang lebih ekstrim adalah dengan pemberian racun!
Ketika ini, thalaikoothal sudah dinyatakan sebagai amalan haram di India. Walaupun demikian, sebahagian masyarakat tetap saja melakukannya, sebab hal ini sudah menjadi budaya turun temurun dan diterima secara sosial oleh masyarakat setempat. Sangat jarang ada aduan ke polis ketika terjadi amalan ini.
Ada
yang mendakwa bahawa pembunuhan ini tergolong pada euthanasia sukarela
(involuntary euthanasia). Dalam beberapa kes, keluarga akan memberitahu
terlebih dahulu kepada 'mangsa' (ibu bapa mereka yang akan dilaksanakan)
sebelum dilakukan proses pembunuhan ini. Bahkan, terkadang mangsa pula
yang memintanya.
Namun menurut kajian, pembunuhan atas nama
kasih sayang ini sebenarnya hanyalah dalih untuk menghalalkan amalan
mengerikan ini, Kebanyakan keluarga menganggap bahawa ibu bapa yang
sudah keuzuran adalah beban bagi keluarga di tengah himpitan
ekonomi yang sukar, maka pilihan yang melampau ini pun dilakukan.
Pada tahun 2010, pernah berlaku seorang lelaki berusia 80 tahun
melarikan diri ketika ia mengetahui bahawa keluarganya telah
bermesyuarat untuk men-thalaikootal dirinya. Ia pun lari dan berlindung
di rumah seorang kerabat.
Peristiwa ini pun terdedah menjadi
berita besar di Virudhunagar, sehingga polis membentuk
pasukan khas untuk mengawasi dan mengamankan para warga senior yang ada
di sana.
Amalan ini tidak terhad pada kasta atau komuniti
tertentu. "Masyarakat miskin melakukannya, apapun kasta mereka" kata
Chandra Devi, Petugas Dinas Kesejahteraan tempatan. Ia menuturkan bahawa
sebahagian besar penduduk di sana adalah buruh tani bermusim, gembala
ternakan atau pekerja asing di kilang-kilang kecil di pusat industri di
dekatn Sivakasi. Kehidupan mereka yang tidak menetap membuat mereka
hampir tidak mungkin untuk tinggal di rumah untuk merawat orang tua
mereka.
popular post
-
Saiz payudara wanita memang ada di dalam gen badan wanita, fungsinya menentukan bentuk serta saiz payudara. Inilah sebabnya saiz dan be...
-
Semua ahli keluarga Pullan dari Delhi yang berjumlah 8 orang menderita kelainan genetik yang jarang berlaku sama yang disebut albinisme ...
-
Poster terpanjang di dunia versi Guinness World Records ini mempunyai panjang 58,87 meter dan lebar 54,94 meter, mengalahkan rekod sebel...
-
Seniman Phillip K. Smith III baru saja menyelesaikan pemasangan berjudul "Lucid Stead" dalam lanskap padang pasir Joshua Tree, ...
-
Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. S...
-
D i bandar Himeji di Hyogo, Jepun ada kafe eksklusif yang dipenuhi kucing berwarna hitam. Di kafe bernama 'Cat Café Nekobayaka;, ...
-
Menjadi tua adalah perkara yang sangat semulajadi dan akan terjadi pada setiap manusia. Kerana tua serupa dengan jelek, lemah dan ...
-
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui maut selepas ditikam seorang bekas pesakit Hospital Permai di dalam Masjid Al-Muslihum hospital terbab...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Thalaikoothal ! Ritual Membunuh Orang-orang Tua di India."