Menarik! Payung Khas Untuk Anjing Elak Dari Hujan dan Panas.



Sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan haiwan telah memperkenalkan payung yang direka khas untuk melindungi anjing daripada panas dan hujan.

Payung khas itu dikeluarkan oleh syarikat penjagaan haiwan, Puppia dan dijual pada harga harga £24 (RM126).

Satu kolar khas akan dipasang di leher anjing dan pemilik haiwan hanya perlu menyambung payung berkenaan pada kolar tersebut.

Payung khas itu juga boleh digunakan untuk kucing yang takutkan air ketika dibawa bersiar-siar oleh tuannya ketika musim hujan.

“Ada anjing tidak suka pada air, namun kini pemilik haiwan itu boleh menangani masalah tersebut dengan menggunakan payung khas ini,” kata seorang pengedar Puppia, Melody Lewis. – Agensi



0 Komentar untuk "Menarik! Payung Khas Untuk Anjing Elak Dari Hujan dan Panas."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info