Beberapa keluarga di Rusia mengalami perkaratragis yang sangat menyakitkan hati mereka. Perkara tragis tersebut adalah mayat anak-anak mereka yang diculik oleh seorang lelaki gila dan dijadikan boneka.
Lelaki gila yang bernama Anatoly Moskvin, 47 tahun ini sebenarnya merupakan orang yang genius, tapi kegeniusannya tersebut ternyata membuat dirinya menjadi gila kerana telah melakukan perkara yang tidak masuk akal.
Anatoly ini mempunyai impian untuk menghidupkan kembali kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal hingga akhirnya ia cuba menggali sebanyak 29 kubur kanak-kanak perempuan dan kemudian mayatnya ia jadikan mumia dan dihiasi seperti boneka.
Ketika ini Anatoly sudah ditangkap oleh pihak polis kerana sudah diketahui telah menggali 29 kubur kanak perempuan untuk djadikan mumia dan dihiasi seperti boneka, dipakaikan baju dan dipamerkan didalam rumahnya.
Aksi gila Anatoly ini merupakan tindakan kekerasan yang membuat banyak pihak keluarga mangsa menjadi merasa terluka, saat melihat mayat anak perempuan mereka dijadikan mumia dan dipamerkan dirumah Anatoly.
Salah satu mangsa Anatoly adalah anak perempuan yang bernama Olga berusia 10 tahun. Olga meninggal akibat dibunuh, dan kini dijadikan mumia oleh Anatoly bahkan dipamerkan didalam rumahnya.
Ibu Olga mengaku sangat sedih melihat mayat anak perempuan mereka dijadikan mumia oleh Anatoly, dipakaikan baju serta di hiasi seperti boneka.
"Orang gila ini bahkan meninggalkan mesej tanpa nama dan menyebut anak perempuan kami Little Lady," kata Natalia Chardymora, ibu Olga. "Boleh anda bayangkan bagaimana perasaan kami saat membaca catatan itu tentang anak perempuan kami yang meninggal akibat dibunuh. Ini bukan lawak sama sekali kerana sudah menghancurkan hati ini, "katanya lagi ibu Olga.
Menurut pengakuan dari Anatoly, ia sudah mula melakukan aksi gilanya ini sejak tahun 2011 yang lalu. Ia mengatakan sedang menunggu ilmu pengetahuan untuk membangkitkan mayat kanak perempuan tersebut.
Tindakan ini dianggap gila oleh semua orang, dan saat ini Anatoly sedang dirawat dirumah sakit jiwa kerana dianggap sudah tidak waras.
popular post
-
Siri televisyen Teletubbies memang sudah tidak ditayang, namun para pelakonnya yang pernah berperanan di sana terus menjelma. Siri televi...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Karen O'Leary terkenal dalam karyanya membuat peta dengan cara memotong kertas membentuk bandar popular. Ia membuat peta menggunaka...
-
Di dunia ini, seringkali muncul pelbagai fenomena yang unik dan pelik. Tidak jarang kejadian-kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kamera ....
-
Jurugambar Jo Farrell dalam projek berjudul 'Living History' memaparkan foto-foto yang akan membuka mata kita iaitu perempuan t...
-
Kejadian memalukan dialami oleh seorang ahli gusti amatur berasal dari Amerika Syarikat, Travis wolford. Ketika bertarung dengan lawannya ...
-
Sebahagian sarung tangan, kasut dan barang-barang yang diperbuat daripada kulit yang dijual di kedai-kedai di Eropah dan online rupanya d...
-
Beijing: Foto mengerikan pada detik-detik terakhir seorang lelaki yang dihukum mati di depan khalayak ramai di China tersebar dan mendapat...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komentar untuk "Lelaki Gila Ini Mencuri Mayat Kanak-kanak Perempuan Untuk Dijadikan Boneka."