Kreatif ! Wanita Ini Mengkreasikan Gambaran Sarapan Untuk Anaknya


Apa yang dilakukan oleh suri rumah tangga  ini boleh dicontohi oleh ibu-ibu yang lain. Untuk memujuk anaknya agar mahu makan telur, sayur, daging dan makanan berkhasiat lain, Anne Widya dari Hongkong mengkreasikan gambaran sarapan anak lelakinya. Hal ini dilakukan untuk merangsang nafsu makan Charles dan Andrew.

Anne selalu mengubah telur yang dimasukkan dalam menu sarapan anak-anaknya itu, sehingga mempunyai pandangan yang bagus. Bahan makanan lain seperti buah dan sayur-sayuran lain juga diubahsuai sedemikian rupa. Hebatnya, Anne hanya memerlukan masa selama 45 minit untuk membuat 3 pinggan dengan ciptaan bergaya itu.

Idea itu awalnya tercetus apabila anak lelakinya, Andrew sakit dan tidak masuk sekolah. Widya yang tidak pernah mengikuti kursus masak sekalipun itu akhirnya berlatih setiap hari membuat "cerita" dalam pinggan makanan anaknya.

Idea dalam mereka bentuk makanan itu datang dari objek sehari-hari, termasuk saat mencari di internet, menonton TV, hingga melihat ilustrasi dari buku cerita. Diantara semua reka bentuk yang dibuatnya itu, Anne mengaku membuat matahari dari telur itu adalah yang paling mencabar, kerana telur tidak boleh menjadi panas.

"Aku selalu suka menghias pinggan makan anak-anakku. Entah itu untuk makanan pencuci mulut, roti atau pastry. Buat saja menjadi mudah," jelas Anne.







0 Komentar untuk "Kreatif ! Wanita Ini Mengkreasikan Gambaran Sarapan Untuk Anaknya"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info