Kerana Bosan Jadi Kaya Lelaki Ini Buang Kekayaannya.


Liu Jingchong, seorang lelaki berasal  dari Provinsi Guangdong ini bosan jadi orang kaya dan lebih memilih untuk membuang semua hartanya. Liu Jingchong ini awalnya adalah seorang bekas ahli perniagaan di bidang pembuatan dan tekstil ..

Kejadian tidak dinginkan menimpa Liu yakni dirinya mengalami kemalangan dengan melanggar pagar sekatan jalan bersama kereta yang dipandunya. Mempunyai kereta mewah ini bukan membuat Liu menjadi bahagia.

Liu mengaku jika dirinya masih punya banyak wang untuk membeli kereta baru. Namun, wang yang dimilikinya itu bukan untuk dibelikan sebuah kereta tetapi malah dirinya memilih membuang hartanya untuk kehidupan barunya.

Selepas kemalangan itu Liu memilih hidup untuk lebih sederhana di sebuah rumah kecil dan membina sebuah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku soal ajaran Buddha dan kesederhanaan.

Dengan gaya hidup yang sekarang ini Liu merasa lebih bahagia dengan banyaknya ajaran Buddha yang di pelajarinya. Liu juga amat tersentuh dengan kalimat Buddha berbunyi 'Harta hanya membuat menderita'. Akhirnya dia menjual seluruh kekayaannya. "Saya tidak menyepi atau hidup sendiri. Saya sangat gembira jika ada seseorang mahu melawat saya dan berkongsi pengalaman. Saya mencintai kehidupan saya yang sekarang, "kata  Liu.




0 Komentar untuk "Kerana Bosan Jadi Kaya Lelaki Ini Buang Kekayaannya."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info