Seringkali kita mendengar orang-orang yang ingin bersendirian dengan berangkat ke gunung atau ke gua. Mereka bersendirian, bersemadi atau sekadar datang untuk mendapatkan ketenangan dan merawat suasana batin mereka. Tapi ternyata tempat-tempat itu sebenarnya bukan termasuk tempat yang dikatakan paling sunyi, kerana di sana tentu saja kita masih boleh mendengar suara-suara flora dan fauna.
Inilah tempat paling sunyi di dunia. Sebuah bilik yang ada di Orfield Laboratories di AS. Kerana sunyinya, bahkan konon kita boleh mendengar suara detak jantung kita sendiri. Sedikit menyeramkan bukan. Ruangan ini disebut ruang anechoic yang di dalamnya tidak ada bunyi apa pun dan seterusnya membuat kita merinding kerana dapat mendengar suara-suara di dalam tubuh kita sendiri. Orfield Laboratories adalah sebuah makmal yang berada di Bandar Minneapolis.
Bilik tersunyi ini telah diistiharkan oleh Guinness World Records sebagai 'the quietest place in the world' pada tahun 2004 yang lalu. Mengapa boleh demikian? Kerana reka bentuk bilik ini membuat 90% suara dapat diserap. Dindingnya terbuat dari besi dan konkrit. Dinding dan silingnya bersalut kaca acoustic wedges yang befungsi menyerap suara.
Di ruang ini pendengaran kita akan bekerja maksimum kerana walaupun pada -9,4 deseibel saja kita boleh mendengar. Padahal pendengaran normal rata-rata bekerja untuk suara yang mencapai 30 desibel. Tapi tentu saja jika tidak siap mental sebaiknya jangan sekali-kali memasuki bilik ini. Kerana sunyinya kita boleh stress dan mengalami halusinasi berlebihan.
Untuk apa ruangan ini dibuat? Ini adalah bilik yang direka untuk menguji kadar stress seorang angkasawan sebelum dilepas ke stesen luar angkasa. Tapi tenang saja, untuk dapat berkunjung ke sana kita tidak harus menjadi ahli NASA kerana bilik itu juga boleh dikunjungi pelancong. Hanya saja tiketnya cukup mahal, yakni sebanyak 300-400 USD untuk satu jam berada di dalamnya. Berani mencuba?
popular post
-
Setiap kedai buku biasanya selalu menjual berbagai macam jenis untuk memenuhi keinginan pengunjung. Tidak jarang, mereka belumba-lumba un...
-
Selama 10 Tahun, tasangan ini tinggal talam perigi satu berita unik yang hangat menjadi pemberitaan adalah sepasang suami isteri yang ne...
-
Kehilangan orang tersayang memang sangat menyedihkan, walaupun banyak orang merasa tertekan. Perkara itulah yang dirasakan seorang lelaki...
-
Pendapatan 10 pemain dengan bayaran tertinggi di dunia jika digabungkan adalah sebanyak US $ 60 juta, antara Jun 2012 dan Jun 2013, tetapi k...
-
Sudah merupakan kebenaran umum bahwa kebahagiaan seorang wanita berbanding terbalik dengan angka yang ditunjukkan oleh timbangan berat ba...
-
Baru-baru ini, orang ramai digemparkan oleh video yang memperlihatkan seekor sotong bersaiz gergasi di pelabuhan Wilayah Toyama, Jepun. So...
-
Jurugambar Jo Farrell dalam projek berjudul 'Living History' memaparkan foto-foto yang akan membuka mata kita iaitu perempuan t...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk " Pelik! Inilah Bilik Paling Sunyi dan Senyap di Dunia."