Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
Home
»
Dunia Alam
»
Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir.
popular post
-
Setiap kedai buku biasanya selalu menjual berbagai macam jenis untuk memenuhi keinginan pengunjung. Tidak jarang, mereka belumba-lumba un...
-
Selama 10 Tahun, tasangan ini tinggal talam perigi satu berita unik yang hangat menjadi pemberitaan adalah sepasang suami isteri yang ne...
-
Kehilangan orang tersayang memang sangat menyedihkan, walaupun banyak orang merasa tertekan. Perkara itulah yang dirasakan seorang lelaki...
-
Pendapatan 10 pemain dengan bayaran tertinggi di dunia jika digabungkan adalah sebanyak US $ 60 juta, antara Jun 2012 dan Jun 2013, tetapi k...
-
Sudah merupakan kebenaran umum bahwa kebahagiaan seorang wanita berbanding terbalik dengan angka yang ditunjukkan oleh timbangan berat ba...
-
Baru-baru ini, orang ramai digemparkan oleh video yang memperlihatkan seekor sotong bersaiz gergasi di pelabuhan Wilayah Toyama, Jepun. So...
-
Jurugambar Jo Farrell dalam projek berjudul 'Living History' memaparkan foto-foto yang akan membuka mata kita iaitu perempuan t...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir."