Jom Saksikan Rumah Mewah di Atas Langit di New York.


Pernah korang impikan  mempunyai rumah yang harganya sampai jutaan rm? Rumah itu benar-benar ada. Bentuknya bukan istana dengan taman luas, namun hanya berupa pangsapuri. Tapi jangan salah anggap, walaupun
pangsapuri ini ada di dalam bangunan, kedudukannya ada di tempat yang sangat tinggi, seolah-olah pemiliknya tinggal di atas awan. Sila lihat mewahnya rumah yang satu ini.

Di New York, bangunan-bangunan pencakar langit sudah biasa. Salah satu yang tertinggi ada di 432 Park Avenue. Di sana, ada sebuah bangunan kondominium atau pangsapuri yang sangat tinggi. Dengan konsep kediaman mewah, maka tidak hairan harga yang ditawarkan benar-benar luar biasa. Salah satu bahagian yang paling mahal adalah pangsapuri yang ada di tingkat paling atas, khabarnya harga di sana mencapai 95 juta dollar .

Sebagai rumah mewah, sudah jelas semua bahagian dalamnya mahal, kayu-kayu mahal, furniturenya mahal,  hanya orang kaya yang boleh memiliki kediaman ini. Warna putih menjadi warna dominan untuk memberi kesan bersih, luas dan minimalis. Sebuah piano di ruang tamu dan teropong bintang menambah kesan mewah kediaman ini.

Yang menarik adalah bilik utama, yang cukup luas. Setiap pagi, pemandangan berupa langit menjadi hiasan. Bahkan pemilik rumah boleh sarapan terus didepan jendela kaca super besar dan menikmati pemandangan bandar. Bahagian bilik mandi juga dibiarkan berkaca lebar tanpa tirai, serasa mandi di atas awan.





0 Komentar untuk "Jom Saksikan Rumah Mewah di Atas Langit di New York."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info