Foto kredit mstar.com.
Bayi baharu lahir kepada seorang penumpang wanita warga Australia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH135, yang mendarat cemas di Bali pada Jumaat, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
MH135 terpaksa membuat pendaratan cemas apabila penumpang wanitanya mahu bersalin.
Samual P. Jeyanthi dibawa ke Hospital Kasih Ibu di Bali selepas MH135 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada kira-kira pukul 2.10 petang, sebaik sahaja pesawat itu mendapat kebenaran untuk dilencongkan dari laluan asal Kuala Lumpur-Brisbane.
Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan ketua perkhidmatan perubatan Diah Ratna Dewi sebagai berkata, bayi itu sudah pun dilahirkan dan meninggal dunia apabila penumpang wanita itu tiba di hospital.
"Kita jangka bayi berkenaan lahir kira-kira satu hingga satu setengah jam sebelum kita terimanya. Pesakit memakumkan kepada kita bahawa dia tiada masalah dengan kandungannya," katanya dipetik sebagai berkata.
Doktor itu menambah bahawa wanita itu dirawat dan diambil oleh syarikat penerbangan itu pada kira-kira pukul 9 malam.
Penerbangan MH135 yang membawa 178 penumpang itu kembali berlepas ke Brisbane selepas dua jam ia membuat pendaratan cemas di Bali.mstar.com.
popular post
-
Saiz payudara wanita memang ada di dalam gen badan wanita, fungsinya menentukan bentuk serta saiz payudara. Inilah sebabnya saiz dan be...
-
Semua ahli keluarga Pullan dari Delhi yang berjumlah 8 orang menderita kelainan genetik yang jarang berlaku sama yang disebut albinisme ...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Poster terpanjang di dunia versi Guinness World Records ini mempunyai panjang 58,87 meter dan lebar 54,94 meter, mengalahkan rekod sebel...
-
Song Bo nampaknya mempunyai cara lain dalam merealisasikan impiannya menjadi seorang ayah. Divonis tidak boleh mempunyai keturunan, ia ti...
-
Seniman Phillip K. Smith III baru saja menyelesaikan pemasangan berjudul "Lucid Stead" dalam lanskap padang pasir Joshua Tree, ...
-
Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. S...
-
D i bandar Himeji di Hyogo, Jepun ada kafe eksklusif yang dipenuhi kucing berwarna hitam. Di kafe bernama 'Cat Café Nekobayaka;, ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Bayi Punca MH135 Mendarat Cemas Meninggal Dunia "