Fu Wengui, remaja yang tinggal di Beijing, China, menderita sebuah keadaan dimana lehernya lebih panjang dari orang normal. Remaja berusia 15 tahun ini akhirnya akan menjalani pembedahan leher.
Sebuah badan amal di Beijing telah bersetuju memberi sumbangan operasi untuk mengurangkan panjang leher Fu Wengui. Tidak hanya itu, badan amal tersebut menyediakan seorang doktor dari Hospital Chaoyang khusus untuk Fu Wengui.
Ketika berusia enam, Wengui didiagnosa mempunyai skoliosis atau kelainan pada rangka tubuh yang berupa kelengkungan tulang belakang. Ia juga mempunyai rongga dada yang berbeza dari orang lain.
"Skoliosis biasanya muncul pada ketika lahir. Kes Fu Wengui dikenali sebagai skoliosis bawaan," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Nasional. "Skoliosis bawaan disebabkan oleh tulang belakang yang berkembang tidak normal di dalam rahim. Keadaan ini tidak berkaitan dengan hal-hal seperti postur tubuh yang buruk, latihan beban atau diet."
Sementara jumlah standard tulang di leher adalah 7, Fu Wengui justru mempunyai 10 tulang leher. Kelainan itu membuat ayah Fu Wengui merasa sedih melihat keadaan anaknya.
"Kelainan itu menekan tulang lehernya dan membuatnya sukar untuk berjalan," kata ayahnya, Fu Genyou. "Apabila dia pergi keluar, orang selalu ramai bercakap mengenainya."
Keluarga ini berharap pembedahan tersebut berjalan lancar, sehingga dapat meringankan ketidakselesaan yang dirasakan Fu Wengui. "Aku sangat berharap boleh mempunyai leher yang normal," kata Fu Wengui.
popular post
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Liu Dejian, seorang ahli perniagaan berasal dari China yang mempunyai perniagaan permainan perkhidmatan internet ini mempunyai idea yan...
-
Mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing memang menjadi hobi tersendiri bagi sebahagian besar orang. Para pecinta haiwan bia...
-
Bandar Kowloon Walled City popular kerana peengedaran dadah dan jenayah, bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Seniman Phillip K. Smith III baru saja menyelesaikan pemasangan berjudul "Lucid Stead" dalam lanskap padang pasir Joshua Tree, ...
-
Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. S...
-
Ikan ini mungkin kelihatan seperti buaya, tetapi ia bukanlah buaya. Ini n ikan gergasi dipanggil alligator gar (Atractosteus spatula) dan ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Fu Wengui, Remaja China Punyai Leher Terpanjang di China."