Pertandingan Memakai Hiasan Lebah Yang Menakjubkan.


Satu acara tahunan yang memerlukan peserta membiarkan tubuh mereka dihinggapi ribuan ekor lebah telah diadakan di Clovermead Apiaries di sini, baru-baru ini, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Dalam pertandingan itu, peserta yang telah dilitupi ribuan ekor lebah perlu berjalan di pentas peragaan sebelum berat mereka ditimbang.

Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu juara Bee Beard yang dipilih oleh juri dan peserta paling popular pilihan penonton.

Terdapat empat pasukan menyertai pertandingan kali ke-10 ini dengan setiap pasukan akan membentuk lebah itu kepada bentuk yang dikehendaki.

Pertandingan tersebut dipercayai telah diperkenalkan oleh seorang penternak lebah pada tahun 1700 apabila dia membentuk kawanan lebah seperti janggut di lehernya.

Penternak lebah itu kemudian berarak di jalanan seperti memakai pakaian luar biasa.

Juara bagi kategori juri dan pilihan penonton akan mendermakan sejumlah AS$2,500 (RM7,955) dan AS$2,000 (RM6,364) kepada badan amal pilihan mereka. - Agensi







0 Komentar untuk "Pertandingan Memakai Hiasan Lebah Yang Menakjubkan."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info