Asteroid Bersaiz Raksasa Akan Menghentam Bumi Pada 2880 ?

Ilustrasi asteroid melanggar Bumi. (Shutterstock)

Sebuah asteroid bersaiz raksasa sedang meluncur laju menuju ke Bumi. Dianggarkan, asteroid itu akan menghentam planet yang kita diami ini pada 16 Mac 2880.

Asteroid 1950 DA namanya. Asteroid itu punya peluang satu banding tiga ratus untuk melanggar Bumi pada tarikh dan tahun tersebut. Meskipun ada kemungkinan meleset, namun sejauh ini, asteroid itulah yang paling berpotensi
menghentam Bumi.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan para penyelidik di University of Tenessee, asteroid tersebut mempunyai diameter satu kilometer dan meluncur dengan kelajuan 14km per saat.

Menurut penyelidikan yang dimuatkan dalam jurnla Nature tersebut, disebutkan pula bahawa asteroid itu berputar dengan sangat cepat. Asteroid ini memakan masa 2 jam 6 minit untuk satu kali berputar. Putaran dengan kelajuan seperti itu biasanya membuat asteroid terbang secara berasingan. Namun, kekuatan padu yang ada, membuat betu itu tidak terpecah. Kekuatan semacam ini belum pernah dijumpai dalam sebuah asteroid.

Ketika
menghentam dengan Bumi, asteroid bergerak dengan kelajuan sekitar 61,000 kilometer per jam. Kekuatan tabrakkannya dianggarkan sama dengan kekuatan 44.800 megaton bahan letupan TNT.

Pasca
hentaman, yang terjadi kemudian adalah letupan besar dan tsunami. Selepas itu, berlaku perubahan iklim yang pada akhirnya memusnahkan kehidupan manusia.

Para penyelidik yakin, ada masa untuk mencegah bencana tersebut. Sementara itu, jika diletupkan, hasilnya  akan semakin buruk. Letupan akan memecahkan asteroid dan hasilnya, akan terjadi beberapa
hentaman di permukaan Bumi.

Penyelesaiannya, menurut mereka, adalah dengan membuat perubahan pada permukaan asteroid yang boleh menghilangkan kekuatan yang menyatukan batu angkasa tersebut. Dengan demikian, asteroid itu terpecah menjadi batu-batu yang lebih kecil. (Telegraph)
0 Komentar untuk "Asteroid Bersaiz Raksasa Akan Menghentam Bumi Pada 2880 ?"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info