Di dunia seni bina diterdapat dua jenis reka bentuk rumah untuk penyesuaian iklim, pertama ada rumah untuk iklim sejuk yang direka untuk menjaga dalam suhu bilik tetap hangat. Kedua ada rumah untuk iklim panas di mana seni bina membolehkan untuk udara dan angin masuk dalam rumah agar suhu bilik tetap segar dan sejuk.
Selama ini, para arkitek kesulitan untuk menggabungkan kedua jenis reka bentuk rumah tersebut. Namun sekarang ada rumah lipat baru yang mampu 'metamorphosize' menjadi lapan konfigurasi yang berbeza untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bermusim, meteorologi dan bahkan astronomi.
Luar biasa! Autobots, berubah! Rumah ini direka dengan komputer grafik yang menunjukkan konsep yang luar biasa untuk sebuah rumah yang dapat 'metamorphosize' menjadi lapan konfigurasi yang berbeza bergantung pada cuaca. Misalnya, bila musim panas datang maka satu bilik tidur menghadap ke timur dan menyaksikan matahari terbit sebagai suasana yang indah dan hangat.
Kemudian rumah ini boleh berputar sehingga penghuni rumah terus-menerus di bawah sinar matahari, sementara tenaga utama rumah dihasilkan melalui panel solar. Rumah revolusioner ini didasarkan pada karya seorang ahli matematik awal abad 20 yang mencari cara untuk membedah persegi dan menyusun semula bahagian-bahagian menjadi sebuah segi tiga sama sisi.
Dinding kaca direka khusus agar membolehkan dinding dalaman untuk menjadi muka bangunan, pintu boleh menjadi tingkap, dan sebaliknya. Reka bentuk rumah yang luar biasa ini adalah idea dari arkitek bernama David Grunberg dan Daniel Woolfson yang mendirikan syarikat D * Haus untuk mengembangkan konsep rumah moden ini.
popular post
-
Sekilas pandang lilin ini nampak sederhana dengan sumbu yang terbakar dan perlahan-lahan cair dan menitis menuruni sisi lilin itu. Namun...
-
Ni ubatnya kalau vespa ni dah jadi besi buruk , nasib baik Studio reka bentuk di Barcelona mengubah vespa antik menjadi kerusi an...
-
Tidak ada siapa yang tahu apa yang tersembunyi di sebuah hutan di Needham, Boston, Amerika Syarikat. Jauh dari kesibukan dan hiruk piku...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Pembaca yang budiman , gambar yang anda lihat di atas adalah adalah sepasang "super Gokusen " hot pants jeans dari retail pakai...
-
1. Vesturi á Eiðinum Stadium Stadium ini digunakan untuk bola sepak di semenanjung pulau. Lokasinya di Pulau Faroe, berkapasitasI ...
-
Kereta ini pun kelihatan sangat unik kerana bila dilihat, kereta tersebut seperti kereta yang terbalik dengan kedudukan roda di bahagian ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk "Rumah Ini Sentiasa Berputar 360 ° Menghadap Matahari "