Basikal biasanya direka mempunyai loceng yang berfungsi sebagai amaran ketika berada di jalan. Kini seorang pereka dari Jepun mengaplikasinnya juga kepada pejalan kaki.
Sepasang suami isteri di Tokyo, Kevin Nadolny dan Tomoko Yano, menghasilkan sebentuk cincin yang dilengkapi loceng basikal. Nampaknya cara membunyikan loncengnya secara manual kerana dipakai di jari. Jadi pejalan kaki atau pejogging yang memakai itu boleh membunyikan loncengnya ketika berjalan kaki agar orang ramai mendengarkannya.
Kevin dan Tomoko mengatakan menghasilkan cincin berdering itu amat sukar namun mudah digunakan dan ampuh dipakai ketika di tengah orang ramai. Cincin tersebut ditujukan untuk orang yang suka berjogging. Sebabnya, mereka biasanya kerap dihalang oleh orang ramai saat berjogging di jalanan.
"Tujuan kami tidak hanya membuat loceng lari yang berfungsi tapi juga membuat aksesori fesyen yang terlihat bagus di mana-mana," kata pereka bentuknya. "Kami membuat penyelesaian bagus untuk pejogging di bandar kerana praktikal dan mudah."
Reka bentuk Run Bell ini akan disesuaikan saiz jari serta mempunyai pilihan gaya berbeza untuk lelaki dan wanita. Beratnya 30 gram dan boleh digunakan di luar sarung tangan ketika musim sejuk. Kevin dan Tomoko sedang mengumpul dana untuk menghasilkan rekaan mereka dengan sasaran USD 20 ribu dan dipasarkan mulai September.
Add caption |
0 Komentar untuk "Cincin Lonceng Basikal Yang Unik Khas Untuk Berjogging."