Menakjubkan! Doktor Melakukan Operasi Pembedahan Hanya Berpandukan SMS.


 David Nott, seorang doktor sukarelawan untuk kebajikan perubatan Perancis Medicine Sans Frontierescame cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang berusia 16 di Congo, Africa. Lengan budak tersebut tercedara selepas di gigit badak air menurut laporan CNN.



Dr. Nott, 52 tahun, menyatakan bahawa budak tersebut dalam keadaan kritikal, hanya mempunyai kesempatan hidup yang hanya tinggal 2 atau 3 hari.

Operasi pembedahan yang amat rumit itu terpaksa juga dijalankan walaupun beliau sendiri belum lagi pernah melakukan pembedahan seperti itu. Dalam keadaan terdesak, beliau telah menghubungi Profesor Meirion Thomas dari London's Royal Marsden Hospital melalui SMS semasa pembedahan itu. Profesor Meirion Thomas telah membalas mesej dengan menghantar 10 langkah untuk melakukan proses pembedahan itu.

"Saya hanya melakukan apa yang disuruh." Kata Nott. Kini budak lelaki itu telah selamat dan pulih sedia kala.




0 Komentar untuk "Menakjubkan! Doktor Melakukan Operasi Pembedahan Hanya Berpandukan SMS."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info