Lukisan Bunga Berwarna warni Menyala Dengan Dialiri Voltan 80,000 Volt.


Robert Buelteman , seorang seniman dari San Francisco membuat lukisan yang menakjubkan . Karya terbarunya ini dibuat di Universiti Stanford yang mengambarkan contoh nyata dari kesenian khusus . Karya seni ini dibuat dengan cara yang berbahaya , iaitu membuat siri foto - foto bunga dan tanaman yang akan dialiri elektrik , kaedah ini dikenali pada tahun 1930 - an .

Masing - masing lukisan dibuat tanpa kamera atau manipulasi komputer , tetapi melalui kaedah fotografi disesuaikan atau disebut dengan Kirlian . Aliran elektrik yang digunakan sebanyak 80,000 volt ! Teknik fotogram voltan tinggi ini telah popular dahulu dan sekarang sudah dianggap tidak layak dipelajari kerana prosesnya yang sangat berbahaya . Bahkan orang yang ahli dalam kesenian khusus teknik menggambar dengan voltan tinggi ini sekarang sangat sedikit .

 
Proses melakukannya sukar dilakukan kerana memerlukan kecermatan dan ketelitian tahap tinggi . Menggambar objek seperti daun , bunga , ranting dan tanaman dengan pisau bedah sampai mereka benar - benar telus . Kemudian meletakkan sampel objek pada filem berwarna ketelusan .

Selanjutnya dipadukan dengan paparan difusi yang diletakkan pada sekeping lembaran logam yang diapit di antara Plexiglas , kedudukannya mengambang di silikon cair . Langkah selanjutnya adalah mengaliri objek gambar tersebut dengan kuasa voltan 80,000 volt , dan terjadilah lukisan warna - warni yang menyala indah .








0 Komentar untuk "Lukisan Bunga Berwarna warni Menyala Dengan Dialiri Voltan 80,000 Volt."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info