Kulit wanita biasanya sangat sensitif terhadap pelbagai calar. Namun wanita ini boleh menggambar pelbagai macam corak atau tulisan hanya dengan menggoreskan sudu ke permukaan kulitnya. Wanita bernama Sarah Beal ini mengaku mempunyai kelainan bernama Dermatographia dimana ia boleh menggambar pelbagai tulisan atau lakaran di kulitnya dengan menggunakan sudu.
Menariknya tulisan tersebut boleh membengkak sehingga mewujudkan kesan timbul pada kulitnya. Tidak hanya itu saja, tulisan tersebut juga boleh menghilang secara misteri dalam masa 1 jam selepas dilukis. Sarah mendedahkan bahawa kelainannya tersebut sudah menyerangnya sejak 3 tahun yang lalu. Gejala awal yang ditimbulkan adalah kulit sensitif dan gatal yang luar biasa.
Namun ketika digaru ada sesuatu yang menarik di kulitnya yakni kesan timbul seperti pola atau lakaran tatto. "Aku mengambil sudu dari dapur dan mula menggambar hati di lengan saya," cerita Sarah. "Ketika aku melihat gambar hati muncul di kulitku, aku suka. Aku lalu memuat naiknya di Facebook dan teman-temanku memuji sebagai sebuah karya yang menarik." Meskipun begitu, kelainan Dermatographia ternyata membuat Sarah menderita. Beberapa calar kecil boleh membuat kulit wanita berumur 43 tahun ini menjadi bengkak dan panas.
Bengkak ini disebabkan oleh pelepasan histamin dari sel-sel kulit sehingga membuatnya gatal-gatal dan menimbulkan warna merah. "Pakaian dan selimut kadang boleh berubah menjadi seperti jarum-jarum yang menusuk kulitku," katanya lagi. "Perhiasan yang melekat di leherku juga memberi kesan yang menyakitkan. Meskipun begitu aku senang dengan kemampuan menggambar di kulitku kerana itu adalah hal yang sedikit unik dan berbeza."
popular post
-
Foto tersebut memang unik, memperlihatkan jalinan persahabatan antara Katak Hijau dengan siput babi. Hendy mengabadikan momen unik itu di...
-
Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang bu...
-
"BUS" adalah projek seni yang pelik yang disokong oleh Creative Alliance dan Southeast Community Development Corporation sebaga...
-
Melawat muzium alat sulit di Iceland. Muzium Falologi Iceland ini menyimpan pelbagai bentuk dan saiz zakar haiwan mamalia, mulai dari pau...
-
Dengan pemandangan laut di depan mata, 'The Truffle' adalah rumah percutian yang luar biasa yang dibina dalam batu. Rumah batu ko...
-
Mengenakan pakaian pengantin yang dipinjam dari bridal, mungkin telah menjadi cara umum dalam mengurangkan kos gaun pengantin. Namun ada ...
-
PELARI Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki. Kenichi Ito, 30, berjaya menamatk...
-
Jika korang pergi ke padang pasir, tentunya kita hanya akan melihat padang pasir yang membentang sepanjang mata memandang. Selain panas d...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Wanita Ini Mampu Melukis di Tubuhnya Seolah-olah Mencacah Tatu."