Misteri dua tiket MH370

PELANCONG Itali, Luigi Maraldi, 37, melaporkan pasport miliknya sebelum ini dicuri pada Ogos 2013 dan menunjukkan pasport yang sudah diperbaharui pada sidang akhbar di balai polis di Phuket, selatan Thailand. FOTO EPA

Kuala Lumpur: Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi milik rakyat Itali dan Austria didapati membeli tiket penerbangan bersama-sama.

Tiket itu dibeli dengan China Southern Airlines dalam mata wang baht pada harga sama, kata pihak berkuasa sistem e-tiket China Travelsky.

Turutan nombor tiket menunjukkan ia dibeli bersama, lapor CNN.

Maklumat terbaru ini menjadikan kehilangan pesawat MAS MH370 ketika berlepas ke Beijing awal semalam, semakin menjadi tanda tanya.


FOTO Ihsan China Travelsky

Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.


Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur - Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam. Pemegang pasport Itali sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala pemegang pasport Austria akan ke Frankfurt.

Pihak berkuasa berkata, mereka masih menyiasat identiti sebilangan penumpang dalam pesawat itu yang didapati bermasalah dengan pasport mereka.

Ketua Koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan CNN mengenai pembelian tiket menggunakan pasport itu.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan operasi sekarang adalah untuk mencari pesawat berkenaan berbanding mengesan dua lelaki terbabit.

Katanya, kawasan pencarian juga diperluaskan daripada 20 kepada 50 batu nautika manakala gerakan SAR di Selat Melaka masih belum menghasilkan sebarang tanda positif.

“Pencarian sedang diteruskan tetapi sehingga kini tiada pesawat dikesan,” katanya Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu pada sidang media di Hotel Sama Sama di KLIA di sini, malam ini.

Beliau berkata, jumlah pesawat yang terbabit dalam SAR juga meningkat kepada 34 pesawat termasuk dua dari Australia yang dijangka tiba pada lewat malam ini dan pagi.hmetro.com.my




0 Komentar untuk "Misteri dua tiket MH370"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info