SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.
Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini Ahad, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.
"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan," katanya.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lepas.
Berikutan pengesahan bahawa pesawat itu melakukan penerbangan patah balik, wujud spekulasi media asing bahawa pesawat itu mungkin dilencongkan ke Diego Gracia.
Ditanya sama tahap keselamatan di lapangan terbang dipertingkatkan selepas dua penumpang MH370 didapati menggunakan pasport palsu, Hishammuddin berkata: "Tumpuan saya kini mencari MH370."
"Saya rasa tidak betul untuk menyatakan wujud pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti diperjelaskan sebelum ini oleh ketua lapangan terbang. Sebarang maklumat baharu yang kami terima sudah pasti akan disahkan mengikut SOP yang sedia ada," katanya.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, mengulangi bahawa pihak berkuasa menolak dua warga Iran yang menggunakan pasport palsu itu sebagai pengganas.mstar.com.my
popular post
-
Seluar dalam anti curang khusus buat lelaki yang suka bermain kayu tiga . Seluar dalam anti curang ini dibuat di China kerana banyaknya ro...
-
Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . Sisa - sisa hutan kuno muncul lagi di per...
-
Linnie Ikeda, wanita 24 tahun berasal dari Hawaii mengalami keadaan yang aneh. Tubuhnya tanpa sebab mengeluarkan darah secara misteri. Te...
-
Tahukah anda Burung Kolibri atau Hummingbird iaitu hanya satu burung yang boleh terbang berundur? Tidak seperti burung-burung umumnya...
-
Monemvasia adalah sebuah pulau berbatu di Gibraltar seperti di pantai timur Peloponnese, di Greece, dan dihubungkan ke daratan oleh j...
-
Keputusan untuk membuat tatu baru biasanya sukar, tetapi hal tersebut tidak dialami oleh seniman yang satu ini. Jay Fresstyle adalah sala...
-
Menurut legenda kuno, Iceland merupakan medan perang abadi, dengan senjata berupa lava. Lava yang terlontar dari gunung api aktif, serin...
-
Makanan yang enak boleh jadi adalah sumber kebahagiaan tersendiri bagi seseorang. Meskipun begitu, sejumlah orang lebih gemar mencuba...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370 Tidak Mendarat Di Diego Garcia - Hishammuddin "