PETALING JAYA: Polis telah memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mengambil simulator penerbangan yang terdapat di rumahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar-pakar dengan harapan ia membantu memberi petunjuk untuk mencari pesawat yang hilang.
"Polis telah mengambil 'flight simulator' juruterbang dan semuanya yang dapat membantu kami.
"Kami menanggalkannya di rumah dan memasangnya semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar," katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, Ahad.
Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
"Kami telah pergi ke rumah juruterbang dan pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarganya.
"Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang," katanya.
Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.
Beliau menegaskan, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.
Beliau menambah, siasatan polis akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.
Jelasnya, siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara.mstar.com.my
popular post
-
Sebuah restoran di Nigeria terpaksa tutup sebab dituduh menjual masakan dengan bahan dari daging manusia. Restoran ini telah beroperasi b...
-
Pemilik kucing Jepun sekaligus youtuber 10 Cats telah mengucapkan selamat tahun baru pada para penonton dengan cara yang bijak. Dia membe...
-
Media sosial seringkali menjadi wadah bagi trend-trend baru yang muncul. Mulai dari gaya rambut hingga fashion yang unik. Beberapa waktu lal...
-
Butchart Gardens adalah nama sebuah taman bunga yang berada Brentwood Bay, British Columbia, Canada dekat pulau Victoria dan Vancouver. ...
-
Mumia wanita berusia 700 tahun berjaya ditemui tanpa sengaja oleh pekerja projek pelebaran jalan di Bandar Taizu, China. Mereka menju...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan sete...
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Pada Disember 2012, jurugambar National Geographic, Michael "Nick" Nichols pergi ke Taman Nasional Sequoia di California untu...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370: Polis Ambil 'Flight Simulator' Juruterbang "