Azharuddin (tengah) pada sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 di KLIA, Sepang pada Isnin. - fotoBERNAMA |
SEPANG: Penyiasat yang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua individu yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, tidak mempunyai ciri-ciri 'wajah Asia'.
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa telah mengkaji rakaman CCTV itu dan mengesahkan dua suspek itu bukan orang Asia.
"Siasatan juga menunjukkan dua suspek itu mungkin terlibat dalam sindiket curi pasport.
"Kami tidak dapat mendedahkan kewarganegaraan mereka kerana ia mungkin mengganggu siasatan," katanya pada sidang media di sini malam Isnin.
Beliau berkata, CCTV tersebut yang merakamkan pergerakan dua suspek itu di KLIA, mendapati pihak berkuasa telah mematuhi protokol keselamatan yang ketat. Azharuddin turut mengumumkan bahawa kawasan misi mencari pesawat MH370 diperluas ke 100 batu nautika dari lokasi terakhir pesawat tersebut dilaporkan hilang.
Bernama melaporkan pada malam Ahad bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat tersebut.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya Ahmad Zahid.mstar.com.my
0 Komentar untuk "MH 370: Dua Suspek Bukan Berwajah Asia "