KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.
Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.
Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.
Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.
Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.
Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.
Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal. mstar.com.my
Home
»
Dunia Semasa
»
Malaysia Airlines Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Australia Masuk Kokpit
popular post
-
Pernah melihat lori dengan muatan sangat banyak memandu di jalan? Pasti diantara korang pernah berfikir bagaimana jika lori itu terbalik ...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Bandar Kowloon Walled City popular kerana peengedaran dadah dan jenayah, bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah...
-
Seniman Phillip K. Smith III baru saja menyelesaikan pemasangan berjudul "Lucid Stead" dalam lanskap padang pasir Joshua Tree, ...
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Nampaknya orang Cina tidak senang dengan supercar mereka dengan warna biasa yang kelihatan membosankan. Jadi mereka memutuskan untuk meng...
-
Arkitek Jepun, Terunobu Fujimori telah membina sebuah rumah pokok dengan bentuk seperti rumah dari sebuah cerita dongeng di Hokuto, Jepun...
-
Penduduk setempat mengais mencari barang yang boleh diselamatkan dari balik runtuhan rumah mereka, Rabu (25 /9), sehari selepas gempa bumi...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Malaysia Airlines Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Australia Masuk Kokpit "