Sesetengah orang memang menggemari haiwan, tetapi bagi Gary Matthews, 47, dia mengimpikan untuk menjadi seekor anjing.Matthews yang juga juruteknik teknologi maklumat yang menganggur berhasrat menjadi haiwan berbulu itu jika diberi kesempatan.
Apabila mendapat peluang, biasanya dia akan memakai kostum anjing ketika berada di rumah bersama keluarga dan rakan, selain turut menggelar dirinya dengan nama timangan “Boomer”.Matthews suka berlari ke sana dan ke mari dengan dua tangan dan dua kakinya seolah-olah dia adalah haiwan empat kaki, makan makanan anjing dalam mangkuk haiwan dan mengejar kenderaan.
Lelaki berketinggian 1.80 meter itu juga gemar tidur dalam rumah anjing di kediamannya. Dia turut memiliki kostum anjing diperbuat daripada kertas, lapor Oddity Central.Menurut Matthews, dia memang sukakan anjing. Rancangan komedi Disney, “The Shaggy D.A” menjadi pendorong untuknya meniru kehidupan tidak normal itu.
Pada mulanya, dia menggelar dirinya “Pongo”, watak anjing dalam “101 Dalmatians”. Ketika berusia 12 tahun, Matthews menjadi peminat “Here’s Boomer”, siri drama televisyen NBC mengenai anjing yang gemar membantu manusia.
“Saya suka watak Boomer, mengembara melihat bandar baru, bertemu orang berbeza setiap minggu dan membantu mereka menyelesaikan masalah,” katanya.“Malah, saya bercadang untuk merayau dan mengembara apabila habis tempoh persekolahan untuk hidup bersama anjing liar dan menempuh cabaran bersama haiwan itu. “Saya menonton siri “Here’s Boomer” dan meniru beberapa tingkah lakunya. Apabila saya menyalak, apa yang anda dengar ialah hasil rakaman salakan saya yang dipelajari daripada salakan Boomer. Semuanya membantu saya menjadi anjing yang lebih baik,” katanya.
Keluarga dan rakan sudah biasa memanggilnya Boomer, tetapi Matthews belum mendapat pengiktirafan sah bagi nama itu.Pada 2010, dia medapat perhatian antarabangsa apabila cubaannya mengubah nama kepada “Bommer The Dog” ditolak hakim kerana ia akan menyebabkan risiko kebajikan awam. Hakim daerah Allegheny, Ronald W Folino berkata, jika Matthews menyaksikan nahas dan menghubungi talian kecemasan 911, operator mungkin meletakkan telefon dan tidak menghantar petugas penyelamat jika dia memberitahu pihak berkuasa yang namanya ialah “Boomer The Dog”
.Sementara itu, Matthews memberitahu, dia ingin mendapatkan “anjing betina” untuk berkongsi kehidupan dengannya.-mymetro
0 Komentar untuk " Bosan Jadi Manusia Lelaki Pilih Jadi Anjing .Video"